Life Insurance (Insurans Hayat)
Life insurance
What is life insurane?
Buying
life insurance for you and your loved ones helps provide some financial
security in times of hardship. The money from your policy will be paid to your
loved ones when you pass away or to you should you suffer a total and permanent
disability or loss.
Can I get income tax relief from life insurance?
Yes, You can claim for tax relief of up to a maximum amount of RM6,000 per year for an ordinary life policy. This is inclusive of any contributions you have paid to an approved retirement benefit scheme such as the Employees Provident Fund or other pension scheme.
Why
I should buy life insurance?
- To ensure that your immediate family has some financial support after your demise
- To finance your children’s education
- To have a savings plan for the future so that you have a constant source of income after retirement
- To ensure that you have extra income when your earnings are reduced due to serious illness or accident
Basic type of life insurance policy
Term
insurance
This
offers insurance protection for a limited period only whereby the money is paid
up if you pass away or if you suffer total and permanent disability.
Whole
life insurance
Life-long
protection and premiums are paid throughout your life and the money including
any bonuses will be paid when you pass away or suffer total and permanent
disability.
Endowment
A
combination of protection and savings whereby the money will be paid at the end
of a specific period upon your demise or if you suffer total and permanent
disability.
Investment-linked
For investment-linked
insurance, your premium is used to buy life insurance protection and units in a
fund managed by the life insurance company. The benefits paid to you or your
nominee will depend on the price of the units at the time you surrender your
policy or when you pass away.
Life
annuity plan
Series
of payments paid to you until you pass away. Types of annuity include immediate
annuity or deferred annuity.
Supplement
rider/cover
A
rider is a supplement attached to the basic insurance plan such as endowment or
whole life.
Mortgage
reducing term assurance(MRTA)
An
insurance protection plan that covers the repayment of an outstanding property
loan to the financial institution in the event of untimely death, disability or
critical illness of the borrower.
How to choose the best life insurance policy?
- Consider a policy that best suits your life stage
- Understand the scope of cover provided under the policy
- Be aware of the circumstances should you need to switch policies
Importance
of disclosure
Remember
to faithfully disclose all the facts in your application form. If your
insurance agent fills out your application for you, be sure to read and
understand the requirements carefully before signing the form. Otherwise, any
non-disclosure of material fact can cause your policy to be void
What
you need to remember about your life policy?
- Keep a note of the premium due dates. Your policy may lapse if your premiums are not paid when due.
- Always insist on a receipt as proof of payment
- Make sure you state your age and other essential personal particulars correctly in the proposal form
- Review your insurance needs regularly
- Keep your policy document in a safe place
- Keep the basic information such as the life insurance company, policy type, policy number and the names of your nominees in a separate place.
- Always ask your insurance agent when in doubt of anything related to your policy
- Give full facts in your application fully and faithfully
Insurans Hayat
Apakah insurans hayat?
Membeli
insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat
membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak
menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga
boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda
Mengapa anda patut membeli insurans hayat?
- Bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda.
- Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
- Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara.
Jenis-jenis polisi insurans hayat
Insurans
bertempoh
Polisi
ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat
dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya
menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi.
Insurans
hayat seumur hidup
Polisi
ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup
anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian
atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal
Insurance
endowmen
Polisi
ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada
akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang
upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang,
anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada
penama anda.
Insurans
berkaitan pelaburan
Premium
anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di
dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga unit tersebut adalah
berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada
anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda
menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.
Pelan
anuiti hayat
Anuiti
ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia.
Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda.
Perlindungan/”rider”
tambahan
'Rider'
ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas
seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk
memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan,
hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan.
Insurance
bertempoh gadai janji berkurang(MRTA)
Perlindungan
insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak
kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau sakit
kritikal peminjam
Tips untuk memilih insurans hayat yang terbaik
- Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
- Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
- Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
- Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
Kepentingan pendedahan
Anda
mestilah memberikan semua fakta penting dalam borang permohonan anda sepenuhnya
dan secara jujur. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda,
baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti sebelum anda
menandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat anda mungkin
boleh terbatal.
Apa yang anda perlu ingat tentang polisi insurans hayat anda
- Buatlah catatan tentang tarikh premium perlu dibayar. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tarikhnya, polisi insurans hayat anda mungkin luput.
- Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti pembayaran.
- Pastikan umur anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat
- Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda.
- Menyimpan dokumen-dokumen polisi anda di tempat yang selamat.
- Salinkan maklumat asas seperti syarikat insurans pengeluar polisi anda, jenis polisi, nombor polisi dan nama-nama waris anda di tempat lain.
- Membuat pertanyaan kepada ejen insurans anda jika terdapat sebarang kemusykilan.
Comments
Post a Comment