Child Education Policy (Pelan Pendidikan Anak)

child education policy

Child Education Policy (Pelan Pendidikan Anak)


What is child education policy?

The child education policy is a life insurance product specially designed as a savings tool to provide an amount of money when your child reaches the age for entry into college (18 years and above). The funds can be used to pay for your child's higher education expenses. Under this policy, the child is the life assured, while the parent/legal guardian is the policy owner.

If you opt for a pay or benefit rider, the education policy also provides assurance that, in the event of the policy owner's untimely demise, the child will have access to the funds to help finance his or her studies.

Why do you need a child education policy?


The cost of higher education is increasing. The need for access to higher education and the cost will put a financial strain on you and your family. That is why it is important to start planning for your child's education as soon as possible, because the earlier you begin, the more time you allow your money to grow. The child education policy will provide the funds needed by your child to pursue further education and assures that whatever happens in the future, your child will still have the means to pursue some of his/her goals in life.

Basic types of child education plans

Endowment policy
  • An endowment policy combines a savings component with protection coverage.
  • Endowment policies may be either participating or non-participating.
  • Non-participating policies do not participate in the life insurance fund’s profits but all insurance benefits are fully guaranteed.
  • Participating policies have a portion of insurance benefits guaranteed, however the total amount of benefits at maturity is not guaranteed because it depends on the insurance company’s life insurance fund’s performance.


Investment-linked policy
  • An investment-linked policy combines the elements of investment and protection based on your requirement as the policy owner.
  • It offers flexibility as you are able to increase or top-up your monthly premium contribution as your income improves. You may also be more aggressive with your investment.
  • An investment-linked policy will allow you to choose the types of funds your money will be invested in. However, like any other investment, there are risks involved and there is no guarantee on the returns, which may be higher or lower than the amount projected.


How to choose the best child education plan?

  • Consider how much money you want to set aside for your child’s education.
  • Make sure that the premium is affordable.
  • Choose a policy that gives you flexibility so you can gradually increase the savings in the future.
  • Ensure that you opt for the pay or benefit rider.

Pelan pendidikan anak


Child Education Policy (Pelan Pendidikan Anak)

Apakah pelan pendidikan anak?

Pelan pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.

Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya

Kenapa anda perlukan pelan pendidikan anak?

Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.

Jenis-jenis pelan pendidikan anak

Polisi endowmen
  • Polisi endowmen menggabungkan komponen simpanan dengan perlindungan.
  • Polisi endowmen mungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan.
  • Sesuai dengan namanya, polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi semua manfaat insurans dijamin sepenuhnya.
  • Sebaliknya bagi polisi sertaan , sebahagian daripada manfaat insurans dijamin. Walau bagaimanapun, amaun manfaat yang akhirnya diperoleh pada masa polisi matang tidak dijamin kerana ia tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans berkenaan.


Polisi berkaitan pelaburan
  • Polisi berkaitan pelaburan menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku empunya polisi.
  • Ia menawarkan kefleksibelan kerana anda boleh menambah caruman premium bulanan atau menambah simpanan anda apabila pendapatan anda meningkat. Sekiranya anda ingin lebih agresif dengan instrumen pelaburan, polisi berkaitan pelaburan juga membolehkan anda memilih jenis dana yang anda ingin laburkan.
  • Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pelaburan lain yang seumpamanya, ia melibatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang diunjurkan.


Cara untuk memilih pelan pendidikan anak yang terbaik

  • Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk pendidikan anak anda.
  • Pastikan anda mampu membayar premium.
  • Pilih pelan yang memberikan anda kelonggaran agar anda boleh menambah simpanan di masa depan.
  • Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar.
source: insurance info

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Insurans dan Takaful

Family Takaful (Takaful Keluarga)

Retirement Annuity @ Anuiti Persaraan