Investment-Linked Insurance (Insurans Berkaitan Pelaburan)

investment-linked insurance

Investment-Linked Insurance (Insurans Berkaitan Pelaburan)

What is investment-linked insurance?

An investment-linked insurance plan is a life insurance that combines investment and protection. Your premiums provide not only a life insurance cover, but part of the premiums will also be invested in specific investment funds of your choice. You get to choose how to allocate your insurance premiums towards protection and investment.

Why I should buy investment-linked insurance?

  • You want the flexibility to choose your own level of protection and investment
  • You wish to vary the amount of your premium payments or coverage based on your own personal financial situation.
  • You have the flexibility to choose the type of funds based on your risk aptitude
  • You want a savings plan to maintain your standard of living after retirement.


The basic type of investment-linked insurance plans

1)Single-premium plan
  • A single premium-plan features a single lump-sum premium payment, so you don’t have to worry about making regular premium payments, and worrying about lapsing
  • Features a life insurance policy with a death or total permanent disability cover of around 125% of your lump-sum investment
  • Benefit payments will be to the sum assured or the value of the investment units at the time of claim, whichever is higher
  • Allows you to immediately invest more to generate returns.


2)Regular-premium plan
  • The regular-premium plan is a more suitable plan for you if you don’t want to invest a large sum at the start of the plan
  • Gives you the flexibility to increase your premiums and coverage when your finances improve in the future which are paid either monthly, quarterly, semi-annually or annually
  • The basic insurance coverage, in the event of death or total permanent disability, is usually a multiple of the annual premium
  • The benefit payment will be the total of sum assured plus the value of the investment units



How to choose the right plan for investment-linked insurance?

  1. Consider the amount you wish or can invest in the plan, either in single or regular-premium plans.
  2. Remember to also consider the types of funds and the level of protection you need
  3. Evaluate your options carefully to find the right plan with the right fund to suit your needs


Understanding the risk of investment-linked insurance

Investment-linked plans, like other types of investments, are exposed to investment risk. The unit price of an investment fund (managed by the insurance company) is linked to the total value of the plan, which fluctuates with the movements in the unit price. You may realize a gain or loss when you sell your units, and may even get less than what you invested. Past-performance of an investment-linked fund's track record is only a guide to future performance.

What you need to remember about your investment-linked insurance info?

  • Before putting your money in an investment-linked plan, carefully consider the risks you are willing and able to take
  • Make sure you fully understand the risks involved and be prepared to have your money tied-up for a certain period of time
  • You can get professional advice from your insurance company or your agent on the risks and benefits of a particular investment-linked insurance plan
  • Read carefully all the information provided. Don’t hesitate to ask for an explanation of any terms if necessary
  • There is a 15-day cooling-off period after you’ve signed for the investment-linked plan. If you decide to cancel your plan within this 15-day period, the insurance company will refund in full any fees and charges that you have paid. However, the amount refunded to you may be more or less than what you have paid, depending on the price of the units at the time of cancellation

Insurans berkaitan pelaburan

Investment-Linked Insurance (Insurans Berkaitan Pelaburan)

Apakah insurans berkaitan pelaburan?

Pelan insurans berkaitan pelaburan ialah pelan insurans hayat  yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan insurans hayat tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.


Mengapa saya patut ambik insurans berkaitan pelaburan?

  • Anda diberi fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda
  • Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda
  • Anda boleh memilih daripada berbagai dana untuk melabur bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
  • Anda menghendaki pelan simpanan untuk masa depan yang dapat mengekalkan taraf hidup anda


Jenis-jenis pelan insurans berkaitan pelaburan

1)Pelan premium tunggal
  • Untuk pelan premium tunggal, anda perlu membayar premium tunggal secara sekaligus. Anda tidak perlu risau tentang bayaran secara berkala atau polisi luput
  • Pelan ini juga menawarkan perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh di dalam lingkungan 125% daripada premium yang dibayar
  • Bayaran manfaat pula ialah jumlah yang diinsuranskan atau nilai unit pelaburan semasa membuat tuntutan, nilai mana yang lebih tinggi
  • Pelan ini juga membolehkan anda melabur lebih wang untuk menghasilkan pulangan


2)Pelan premium berkala
  • Pelan ini lebih sesuai untuk anda jika anda tidak mahu melaburkan sejumlah besar wang di permulaan pelan
  • Pelan ini memberikan anda ruang untuk menambah premium dan perlindungan apabila kedudukan kewangan anda bertambah baik pada masa hadapan. Premium dibuat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan
  • Perlindungan insurans asas bagi kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh biasanya berlipat kali ganda daripada bayaran premium tahunan
  • Bayaran manfaat adalah jumlah diinsuranskan dicampur nilai unit pelaburan


Cara untuk  memilih pelan insurans berkaitan pelaburan

  1. Menimbangkan jumlah yang anda mahu atau sanggup laburkan ke dalam pelan tersebut, sama ada pelan premium tungal atau berkala
  2. Anda juga perlu menimbangkan untuk memilih jenis dana dan tahap perlindungan yang anda perlukan
  3. Menilai pilihan anda dengan teliti untuk mencari pelan yang benar-benar memenuhi keperluan anda


Memahami risiko insurans berkaitan pelaburan

Pelan insurans berkaitan pelaburan, seperti pelaburan-pelaburan lain, terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan. Harga seunit dana pelaburan (yang diuruskan syarikat pelaburan ) berkait rapat dengan nilai keseluruhan pelan, yang berubah-ubah mengikut pergerakan harga unit. Anda mungkin mendapat keuntungan apabila menjual unit-unit anda, anda juga berkemungkinan mengalami kerugian daripada penjualan itu, kadangkala dengan jumlah yang lebih sedikit daripada yang anda laburkan. Rekod prestasi dana pelaburan yang lepas boleh dijadikan panduan untuk prestasi akan datang

Apa yang anda perlu ingat tentang pelan insurans berkaitan pelaburan

  • Sebelum melaburkan wang ke dalam pelan berkaitan pelaburan, fikirkan risiko yang anda mahu dan sanggup hadapi
  • Pastikan anda benar-benar faham risiko yang terlibat dan bersedia untuk wang anda terikat untuk tempoh tertentu
  • Dapatkan nasihat profesional daripada syarikat insurans atau ejen insurans tentang risiko dan manfaat sesuatu pelan insurans berkaitan pelaburan
  • Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan. Jangan teragak-agak untuk meminta penjelasan terhadap terma-terma jika perlu
  • Anda mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat keputusan sama ada anda ingin meneruskan dengan pelan insurans berkaitan pelaburan anda. Jika anda ingin menarik diri daripada pelan tersebut di dalam tempoh itu, syarikat insurans anda akan memulangkan sepenuhnya sebarang fi dan caj yang anda bayar. Walau bagaimanapun, jumlah yang dipulangkan itu mungkin lebih atau kurang daripada apa yang anda bayar, bergantung kepada harga unit pada masa pembatalan

Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Insurans dan Takaful

Family Takaful (Takaful Keluarga)

Retirement Annuity @ Anuiti Persaraan