Takaful Keluarga

Apakah Takaful keluarga?


pernah dengar ke pasal takaful keluarga??xpernah..
xpe..biar saya cerita apakah takaful keluarga..
klau pernah baca entry saya sebelum nie tentang jenis-jenis takaful..
anda akan tahu bahawa takaful keluarga merupakan salah satu jenis takaful.

hari nie biar saya terangkan dulu tentang takaful keluarga..
next time..saya cerita pasal jenis takaful yang lain plak..
klau cerita banyak2 kan..pening plak..hihi..

[wajib baca : jenis- jenis insurance]

takaful keluarga akan memberikan kepada anda perlindungan insurance hayat dan simpanan jangka panjang.apabila anda ditimpa sesuatu kemalangan waris antau anda berhak untuk mendapat manfaat dalam bentuk kewangan.

tapi..yang best nyer pasal takaful keluarga ialah pada masa yang sama anda akan menikmati  simpanan persendirian jangka masa panjang kerana sebahagian drpd caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan.

jika anda penyertai pelan takaful keluar anda boleh mendapatkan pengecualian daripada cukai pendapatan dan anda juga boleh memilih sendiri tempoh matang pelan anda dan tidak ada perlucutan hak jika anda membatalkan pelan takaful keluarga anda


jenis-jenis takaful keluarga


1)ANUITI

  • apabila anda bersara,pelan nie akan memberikan pendapatan tetap kepada anda


2)BERKAITAN PELABURAN

  • sebahagian daripada caruman anda akan digunakkan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti sekuriti pendapatan tetap atau unit saham.anda juga akan mendapat perlindungan yang merangkumi kematian dan hilang upaya kekal

3)KELUARGA BIASA

*individu

  • termasuk gadai janji,pelan pelajaran, kesihatan dan rider.
  • anda juga mempunyai simpanan jangka masa panjang(pelaburan)dan mendapat keuntungan pelaburan jika dituntut,matang atau serahan awal
  • jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal anda akan merima manfaat kewangan
*kumpulan
  • termasuk pelan perubatan berkumpulan,kesihatan,rider dan pelan pelajaran berkumpulan
  • ada jumlah minima peserta untuk mengamabil takuful nie
  • perlindungan yang anda akan dapat ialah sekirannya berlaku kematian atau hilang upaya kekal anda akan mendapat pampasan wang

 ciri-ciri takaful keluarga

  • boleh memilih tempoh matang sendiri
  • tiada perlucutan hak jika berlaku pembatalan
  • mendapat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang
  • perkongsian lebihan degan pengendali takaful
  • terbuka kepada semua individu yang berumur antara 18-55 tahun
  • dapat mengeluarkan sebahagian daripada caruman

sebelum memilih pelan takaful keluarga

  • memahami secara mendalam tentang skop perlindungan pelan tersebut
  • memilih pelan yang betul-betul sesuai dengan taraf hidup anda 

sekali lagi saya ingin ingatkan..
sebelum membeli pelan takaful keluarga anda perlu memahami semua terma dan syarat yang terdapat di dalam pelan tersrbut.

jika ada term atau perkataan yang anda tidak fahami jangan segan utuk bertanyakan kepada ejen atau pengendali takaful anda.

sijil takaful merupakan kontrak yang sah,semua maksud2 yang terdapat dalam kontak tersebut akan diguna pakai semasa membuat tuntutan.


Comments

Popular posts from this blog

Perbezaan Insurans dan Takaful

Family Takaful (Takaful Keluarga)

Retirement Annuity @ Anuiti Persaraan